Tuesday, April 7, 2009

apa itu pendengaran aktif

Mendengar merupakan satu proses menerima getaran bunyian yang sampai ke telinga kita. Untuk menjadi pendengar yang baik kita perlu manghayati apa yg diperkatakan. Menghayati memerlukan perhatian, penganalisisan dan mengingati setiap stimulasi yang didengari. Kedua-dua aspek ini penting untuk membolehkan sesorang menjadi pendengar yang aktif. Mendengar tanpa menghayati boleh diibaratkan sesorang itu hanya menjadi alat perakam yg merakamkan apa yg didengar tetapi tidak memahaminya. Sebagai panduan, adalah wajar jika seseorang itu mendengar dengan aktif dan serius tentang apa yang diperkatakan seperti dari segi:
> Intensif > Empati > Membina kemahiran mendengar > Membentuk kemahiran bertindak balas


Intensif Seseorang pendengar yang aktif akan memberi penumpuan secara intensif kepada apa yang diperkatakan oleh penutur dan pada masa yg sama mampu manganalisis beribu jenis maklumat. Sebenarnya otak manusia dikatakan mampu menerima kadar pertuturan sekurang-kurangnya 4 kali dari kelajuan purata pertuturan seseorang penutur. Ini memberi peluang kepada minda untuk berfikir semasa mendengar. Otak manusia juga boleh meringkaskan dan mengintegrasikan apa yang diperkatakan ketika proses mendengar sedang berlaku.


Empati
Empati memerlukan pendengar menganggap diri mereka sebagai penutur. Pendengar yang aktif sedia untuk menerima disamping meninjau lebih jauh apa yang disampaikan oleh penutur. Cabaran kepada seorang pendengar yg aktif ialah menerima dan menganalisis apa yang diperkatakan dan menyimpan segala pertikaian yg timbul dalam hatinya sehinggalah penutur selesai bercakap. Pendengar juga perlu mempunyai kesanggupan untuk menerima masalah yg dihadapi disamping bersedia memberi buah fikiran dari kacamata pendengar dan penutur.




Membina kemahiran Mendengar Yang Efektif
Kemahiran mendengar yang efektif terdapat beberapa ciri penting seperti-: - Mengadakan interaksi secara berhadapan .- Menghindari dari melakukan halangan dari segi gerakan badan .- Menunjukkan tanda pemahaman atau persetujuan seperti anggukan kepala, perubahan air muka dan sebagainya .-Mengutarakan soalan yang berkaitan secara ikhlas .-Menghindarkan dari mencelah kata-kata penceramah jika tidak perlu .- Tidak keterlaluan ketika berbicara sehingga menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pendengar .- Mewujudkan aliran maklumat yang sempurna antara penutur dan pendengar .


Membina Kemahiran Bertindak Balas
Tindak balas yang diperlukan adalah tindak balas yang positif bukanya tindak balas yang negatif. Membina kemahiran tindak balas yang positif seseorang itu perlu-:
· Menumpukan kepada gelagat tertentu dan bukannya secara umum. Contohnya memberi pujian serta merta terhadap kerja yang baik oleh orang lain serta memberi alasan mengapa ia perlu mendapat pujian. Jika ia membuat kesalahan perlu ditegur dengan baik dan ikhlas supaya dapat diperbaikinya.
· Menjadikan tindak balas sesuatu yang tidak formal. Jangan mengkritik org lain secara individu atas satu-satu kegagalan yang berlaku kerana ini akan menyentuh emosi seseorang.
· Menjadikan tindak balas berorientasikan matlamat organisasi.
· Menjadikan tindak balas bertepatan dengan masa supaya tindak balas itu lebih rasional dan praktik .
· Memastikan tindak balas difahami .

No comments:

Post a Comment